Thursday 8 September 2011

New Look Homestay Teluk Intan

 Sempena hari raya aidilfitri yang baru berlalu, homestay teluk intan juga tidak ketinggalan melakukan operasi membersih dan menghias rumah. Alhamdulillah, tak disangka tuan rumah mendapat banyak panggilan dari pelanggan yang ingin menginap pada cuti hari raya yang lepas. Walaubagaimanapun, maaf dipinta kerana  tidak dapat menerima tempahan anda kerana kami telah menerima tempahan dan deposit awal dari Pn Yati sekeluarga dan juga En Khuzairi untuk hot date tersebut..=)

Kami tidak melakukan banyak perubahan dari segi susun atur cuma menukar langsir dan cadar (wajib tukar untuk setiap kali tempahan) selain membersihkan tingkap dan lantai. 
Bilik tidur ke-2 & ke-3 juga telah ditambah dengan tilam queen dan single size. Peralatan memasak seperti dapur gas dan juga kuali disediakan untuk kemudahan pelanggan yang menyewa.=)
Ok, jom kita layan dulu gambar-gambar terbaru homestay teluk intan.










 sesiapa yang sudi dan berminat untuk menyewa homestay teluk intan, 
boleh menghubungi
 Tn Hj Alias di talian 019-5622829

Telefon sekarang!=)

Kami sudah pasang banner!

Salam semua!
Belum terlewat lagi kami nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog dan tak dilupakan kepada mereka yang pernah menginap di Homestay Teluk Intan selama ia beroperasi. Segala salah & silap dan juga kekurangan dari pihak kami didahului dengan ribuan ampun dan maaf..=)

Oh yer,  kami telah pun memasang banner di hadapan kediaman homestay. Ini bertujuan untuk menwarwarkan perkhidmatan kami dan memudahkan penduduk sekitar mendapatkan maklumat mengenai homestay. Di samping itu, ia membantu bakal pelanggan mengenalpasti rumah ini agar mudah dicari.

Banner

Tak lupa juga kami telah membuat namecard khas untuk homestay kami. 
Jangan lupa dapatkan satu dari tuan rumah..;)